Penanaman dan kegunaan Pokok Adas

Ubi Adas Florence
Ubi mentah Andas
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga130 kJ (31 kcal)
Karbohidrat7.29 g
- Serabut diet3.1 g
Lemak0.20 g
Protein1.24 g
Tiamina (vit. B1)0.01 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.032 mg (3%)
Niasin (vit. B3)0.64 mg (4%)
Asid pantotenik (B5)0.232 mg (5%)
Vitamin B60.047 mg (4%)
Folat (vit. B9)27 μg (7%)
Vitamin C12 mg (14%)
Kalsium49 mg (5%)
Besi0.73 mg (6%)
Magnesium17 mg (5%)
Fosforus50 mg (7%)
Kalium414 mg (9%)
Zink0.20 mg (2%)
Manganese 0.191 mg
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Andas ditanam secara meluas, terutama ditaburan tempatan dan kawasan-kawasan lain, bagi daun dan biji benihnya yang berbau kuat dan dikenali sebagai jintan hitam. Perisanya menyerupai jintan dan bunga lawang, sungguhpun tidak sekuatnya. [2]

Andas (Foeniculum vulgare kumpula Azoricum; atau juga F. vulgare var. azoricum) adalah kumpulan ditanam dengan pangkal membentuk struktur bebawang. Ia biasanya ditanam,[3] dan mempunyai perisa jintan serdahana, tetapi lebih harum dan manis. Perisanya terhasil dari anethole, bahan wangi yang huga terdapat pada jintan dan bunga lawang. Pokok Andas adalah lebih kecil berbanding jenis liar dan mempunyai bebawang yang di makan sebagai sayuran, samada dimasak atau begitu sahaja. Terdapat beberapa jenis kultivar Andas yang juga dikenali dengan beberapa nama.

Pokok Andas Fennel telah menjadi tumbuhan semulajadi sepanjang jalan, dipadang ragut, dan kawasan terbuka lain dikebanyakan kawasan, termasuk Eropah utara, Amerika Syarikat, selatan Kanada dan dikebanyakan Asia dan Australia. Ia membiak dengan mudah melalui biji benih, dan dianggap spesis ceroboh dan rumpai di Australia dan Amerika Syarikat[4] (see Santa Cruz Island).

Andas merupakan salah satu dari tiga bahan herba utama yang digunakan dalam penyediaan absinthe, minuman campuran beralkohol yang pada asalnya sebagai elixir perubatan di Switzerland dan menjelang akhir kurun ke-19 menjadi minuman beralkohol popular di Perancis dan negara lain. Pokok Andas juga diketahui sebagai perangsang,[5] sungguhpun kebanyakan pesediaan moden memasarkannya di bawah nama "absinthe" tidak menyebutnya sebagai itu.

Kegunaan perubatan

Fennel, ari Medicinal-plants Koehler (1887)Biji benih Adas (Jintan Hitam)